Hubungi MAAMIIT
c/o Unit Forensik
Hospital UKM
Bandar Tun Razak
Cheras
56000 Kuala Lumpur
Tel: 03-91702366

Sektor Kajian Forensik




Hakcipta terpelihara MAAMIIT © 2002


26hb Jun, 2001
Lapuran Terkini: Sistem Forensiknet

Latihan Amal Untuk
Pengguna Forensiknet

Sebaik sahaja "Prototype Demo" sistem siap di pasang pada 12hb Jun 2001, beberapa pakar Forensik sains and Patologi serta pihak polis telah mengendalikan "mini roadshow" untuk mendedahkan sistem tersebut kepada komuniti pencegah jenayah. Pakar Forensik yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Shahrom Wahid dari pejabat Forensik, Hospital UKM, telah membuat penjelasan kepada ketua-ketua bahagian polis di sekitar Ampang, Semenyih, Kuala Kubu Bahru, Dang Wangi, Kajang dan Selayang.

Antara lain yang di tunjukkan oleh Profesor Madya Dr. Shahrom ialah bagaimana sistem Foresniknet dapat mempercepatkan penerimaan dan penganalisaan maklumat-maklumat jenayah oleh pakar-pakar Patologi setelah informasi tersebut di masukkan oleh pihak polis. Dengan aplikasi pengkalan data yang terkini, maklumat dan maklumbalas penyiasatan jenayah menjadi "centralised" menyebabkan kualiti keputusan yang di buat menjadi lebih jitu, tepat dan cepat.


Forensiknet sebagai Pembantu Bestari
dalam usaha Penyiasatan Jenayah

Selain daripada Profesor Madya Dr. Shahrom, ASP Amidon Bin Anan (gambar atas) daripada Ibupejabat Polis Selangor (Bahagian penyiasatan jenayah [D9]) juga terlibat dalam mempromosi sistem maklumat Forensiknet. ASP Amidon telah bekerjasama erat dengan ASP Soo Me Tong untuk memperkembangkan sistem ini dari segi aplikasi sebagai alat pendidikan penyiasatan jenayah. Pengkalan Maklumat Sistem Forensiknet yang mengandungi artikel-artikel dan kes-kes forensik yang dimuatkan di dalam laman web telah di gunakan sebagai rujukan utama kursus sains forensik di Maktab Forensik, Kuala Kubu Bahru.

Baru-baru ini juga, ASP Amidon sempat ke persidangan Infosoc 2001 yang telah diadakan di Pulau Pinang. Di persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Teknologi Maklumat Negara (NITC), ASP Amidon telah membentang satu kertas kerja yang menyenaraikan kemudahan-kemudahan sistem Forensiknet yang bakal membantu dalam usaha penyiasatan jenayah dengan lebih efisyen dan efektif.


Sistem Forensiknet dalam amalan
Postmortem dan Autopsi

Di Pulau Pinang, ahli MAAMIIT En Avtaran Singh telah mengemukakan Sistem Forensiknet kepada pakar Patologi untuk bahagian utara Semenanjung, iaitu Dr Bhupinder Singh (gambar atas, kanan). Dr Bhupinder yang berasal daripada Hospital Besar Pulau Pinang merupakan satu-satunya pakar forensik yang kerap dipanggil oleh pihak polis dalam penyiasatan kes-kes jenayah di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak Utara.

Dalam sesi latihan yang dikelolakan oleh ahli MAAMIIT, Dr Bhupinder telah didedahkan kepada sistem automatis Forensiknet dan bagaimana peralatan sistem dapat membantunya di dalam makmal postmortem. Selain daripada itu, proses autopsi juga diberi penjelasan dari segi bagaimana Forensiknet dapat merekod apa sahaja yang di laporkan oleh pakar forensik patologi. Dr Bhupinder juga dimaklumkan bahawa Forensiknet datang siap dengan sistem tele-konferens, yang membolehkan pakar-pakar forensik patologi bersemuka secara maya (virtual) untuk menukar pandangan walaupun pakar-pakar tersebut jauh dipisahkan dari segi geografi.


Projek Forensiknet disokongi oleh


Polis DiRaja Malaysia


DAGS, NITC