Hubungi MAAMIIT
c/o Unit Forensik
Hospital UKM
Bandar Tun Razak
Cheras
56000 Kuala Lumpur
Tel: 03-91702366

Sektor Kajian Forensik



 
Hakcipta terpelihara MAAMIIT © 2001
 
Counter:
 

Selamat Datang ke Forensiknet

Laman web Forensiknet khas di bina sebagai platfom maklumat forensik dan siasatan jenayah bagi kegunaan ahli-ahli profesional yang terlibat di dalam kes-kes yang melibatkan penjenayahan. Tujuan utama laman web ini ialah memberi petunjuk-petunjuk penting dalam usaha mengenali, mencari, mengutip dan menyimpan bukti-bukti jenayah, agar dapat melengkapkan proses siasatan yang lebih jitu dan menyeluruh.

Usaha-usaha membentuk laman web ini melibatkan tenaga bestari yang agak luas, iaitu dari bidang forensik patologi ke forensik klinikal sampai ke fail-fail simpanan polis, AG Chambers, pihak kehakiman dan makmal-makmal kimia forensik. Ini perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar maklumat-maklumat yang terkandung di sini adalah tepat, mendalam, menyeluruh dan terkini.

Disebabkan oleh rombakan dan ketembelingan teknologi yang begitu rancak, ahli-ahli profesional siasatan jenayah memerlukan platfom dan peralatan teknologi maklumat yang terkini untuk membantu mereka membuat keputusan yang betul dan cepat. Pihak arkitek Forensiknet harap dengan adanya platfom yang sedemikian, ahli-ahli profesional tersebut dapat menaikkan taraf kemahiran mereka sambil menunjukkan bahawa aplikasi teknologi yang bestari adalah merupakan sesuatu yang penting dan diperlukan, bukan setakat dilihat sebagai "canggih" sahaja.

Kawalan Kemasukan

Sebahagian besar maklumat yang terkandung di dalam sektor ini adalah dikhaskan untuk ahli-ahli yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam proses penyiasatan jenayah. Enkripsi pengguna ID di laksanakan untuk tujuan menyekat kemasukan yang tidak dibenarkan. Akses kepada sektor-sektor tertentu di dalam Forensiknet adalah selektif, dan sekiranya seseorang ahli memerlukan akses kepada laman-laman yang tertentu dan permintaannya didapati sah, maka para pengawal laman web Forensiknet akan memberi kod ID dan password.

Setakat ini, hanya sektor "Pengkalan Maklumat Forensik Patologi" sahaja mempunyai kemsukan tersekat. Sekiranya kamu telah mempunyai kebenaran terdahulu untuk memasuki muka laman ini, sila klik disini.

Sekiranya kamu belum mendapat kebenaran, sila menghubungi shahrom@forensiknet.com untuk mendapat kebenaran.

Maklumat lanjut mengenai bagaimana mengguna laman wed Foresniknet boleh didapati di Buku Panduan Forensiknet.



Journal Of Forensic
Pathalogy & Science
 
Vol2 - March 2007
Vol 2 - March 2007
Vol 2 - June 2007
 

Projek Forensiknet disokongi oleh


Polis DiRaja Malaysia


DAGS, NITC