Selamat
Datang ke Forensiknet

Laman
web Forensiknet khas di bina sebagai platfom
maklumat forensik dan siasatan jenayah bagi
kegunaan ahli-ahli profesional yang terlibat di
dalam kes-kes yang melibatkan penjenayahan. Tujuan
utama laman web ini ialah memberi
petunjuk-petunjuk penting dalam usaha mengenali,
mencari, mengutip dan menyimpan bukti-bukti
jenayah, agar dapat melengkapkan proses siasatan
yang lebih jitu dan menyeluruh.
Usaha-usaha
membentuk laman web ini melibatkan tenaga bestari
yang agak luas, iaitu dari bidang forensik
patologi ke forensik klinikal sampai ke fail-fail
simpanan polis, AG Chambers, pihak kehakiman dan
makmal-makmal kimia forensik. Ini perlu
dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar
maklumat-maklumat yang terkandung di sini adalah
tepat, mendalam, menyeluruh dan terkini.
Disebabkan
oleh rombakan dan ketembelingan teknologi yang
begitu rancak, ahli-ahli profesional siasatan
jenayah memerlukan platfom dan peralatan teknologi
maklumat yang terkini untuk membantu mereka
membuat keputusan yang betul dan cepat. Pihak
arkitek Forensiknet harap dengan adanya platfom
yang sedemikian, ahli-ahli profesional tersebut
dapat menaikkan taraf kemahiran mereka sambil
menunjukkan bahawa aplikasi teknologi yang bestari
adalah merupakan sesuatu yang penting dan
diperlukan, bukan setakat dilihat sebagai
"canggih" sahaja.
Kawalan
Kemasukan
Sebahagian
besar maklumat yang terkandung di dalam sektor ini
adalah dikhaskan untuk ahli-ahli yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung di dalam
proses penyiasatan jenayah. Enkripsi pengguna ID
di laksanakan untuk tujuan menyekat kemasukan yang
tidak dibenarkan. Akses kepada sektor-sektor
tertentu di dalam Forensiknet adalah selektif, dan
sekiranya seseorang ahli memerlukan akses kepada
laman-laman yang tertentu dan permintaannya
didapati sah, maka para pengawal laman web
Forensiknet akan memberi kod ID dan password.
Setakat
ini, hanya sektor "Pengkalan
Maklumat Forensik Patologi" sahaja
mempunyai kemsukan tersekat. Sekiranya kamu telah
mempunyai kebenaran terdahulu untuk memasuki muka
laman ini, sila klik disini.
Sekiranya
kamu belum mendapat kebenaran, sila menghubungi shahrom@forensiknet.com
untuk mendapat kebenaran.
Maklumat
lanjut mengenai bagaimana mengguna laman wed
Foresniknet boleh didapati di Buku
Panduan Forensiknet. |